nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga bawang naik sebab tiada bekalan dari India

23 NOV: Tindakan India melarang eksport bawang sejak 14 September lalu telah menyebabkan berlaku peningkatan harga bawang secara keseluruhan ketika ini seperti mana yang ditumbulkan sebahagian pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga bawang adalah sama seperti harga barangan lain yang bergantung kepada bekalan serta permintaan dan jika bekalan kurang tetapi permintaan tinggi, maka harga akan naik.

“Inilah juga yang sedang berlaku kepada bawang India dan sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan bekalan bawang kecuali beberapa jenis bawang seperti bawang Holland,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada 14 September lalu, kerajaan India mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis ‘Bangalore Rose’ dan ‘Krishnapuram’ untuk menampung keperluan domestik di negara mereka ekoran bencana banjir pada Julai 2020.

Susulan itu, sebanyak 121 syarikat pengimport telah mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara seperti Pakistan, China, Belanda dan Thailand.

Tambah Alexander, KPDNHEP memang mengambil maklum berhubung rungutan pengguna berkenaan isu bekalan dan harga bawang susulan langkah India yang dibuat negara bagi memastikan kestabilan bekalan untuk pasaran domestik mereka.

Katanya, buat masa ini bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 buah negara dan lima negara merupakan pengeksport terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23 peratus), China (19 peratus), Belanda (9 peratus) dan Thailand (7peratus).

“Daripada jumlah itu, India merekodkan jumlah pengimportan bawang sebanyak 149,539,411 kilogram kerana cita rasa rakyat Malaysia.

“Terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia iaitu bawang kecil merah import (India), bawang besar import (India), bawang merah import (China), bawang kecil merah import (China), bawang kecil merah rose (Import), bawang kecil merah import (Myanmar), bawang kecil merah (Thailand) dan bawang besar kuning (Holland).

“Malaysia mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai salah satu strategi yang berkesan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Kita tidak bergantung kepada satu negara supaya terus mendapat bekalan jika negara pengeksport berlaku bencana alam atau melaksanakan sekatan ekonomi,” katanya.

Jelas Alexander, pengimportan bawang di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), sementara KPDNHEP pula bertindak memastikan tiada elemen pencatutan atau tindakan menaikkan harga secara tidak munasabah.

Katanya, KPDNHEP juga akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan berhubung perkara ini di semua peringkat termasuk pembekal, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan jika terbukti ada kes dan akan melaksanakan harga kawalan seperti termaktub dalam Perintah Kawalan Harga dan Anti pencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 2) (Pindaan) 2020 jika keadaan mendesak dan memerlukan.

Katanya, pengguna boleh memuat turun aplikasi ‘price catcher’ untuk memeriksa harga barang melalui aplikasi tersebut dan mencari kedai yang berdekatan untuk mendapatkan harga barang yang terbaik.

Orang ramai yang mempunyai adua pula boleh salurkan kepada KPDNHEP melalui pelbagai saluran yang disediakan seperti portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800-886-800, emel: e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU atau hubungi Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088 atau 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) atau WhatsApps ke talian 019-279 4317.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.