24 NOV: Rakyat Jordan sememangnya beruntung kerana mereka akan menerima vaksin COVID-19 secara percuma jika mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Agensi berita Petra melaporkan, Menteri Kesihatan Jordan, Nazir Obeidat berkata, rancangan bersepadu kerajaannya adalah memberi vaksin kepada kumpulan yang memerlukan.
“Kita akan memastikan semua yang berhak diberi suntikan,” katanya.
Beliau menambah, Kementerian Kesihatan Jordan juga memperbaharui protokol rawatan termasuk antivirus dan ubat-ubatan lain, berdasarkan syor serta standard antarabangsa.
Nazir memberitahu, situasi pandemik di Jordan masih serius di mana semua rakyatnya perlu mematuhi langkah keselamatan dan pencegahan.