25 NOV: Seramai 12 pemimpin tunjuk perasaan yang didakwa menghina institusi diraja Thailand dipanggil polis negara itu untuk memberi keterangan.
Memetik laporan AFP, mereka disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara antara tiga hingga 15 tahun sekiranya didapati bersalah memfitnah, menghina atau mengecam Raja Thailand, Permaisuri atau keturunan baginda.
Undang-undang tersebut dikatakan kali terakhir digunakan tiga tahun lalu.
Situasi di Bangkok semakin tegang ekoran demonstrasi yang berlangsung sejak empat bulan lalu.
Peserta demonstrasi juga bertindak agresif dengan menconteng serta melemparkan cat ke dinding dan pekarangan bangunan ibu pejabat polis di Bangkok.
Gerakan tersebut menggesa Perdana Menteri, Prayut Chan-Cha meletak jawatan selain mendesak pindaan Perlembagaan Thailand serta reformasi monarki.