nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kampus tutup, tiada kursus UA tertangguh

25 NOV: Tiada kursus dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang tertangguh walaupun kampus terpaksa ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, semua UA terbabit sudah menjadualkan semua kalendar akademik masing-masing.

“Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga memberikan kelonggaran kepada lima kategori berkeperluan sekiranya mempunyai masalah dari segi akses kepada internet dan segalanya.

“Mereka juga akan dibenarkan pulang ke kampus secara berperingkat bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk bidang pengajian berdepan masalah untuk melaksanakan PdP secara atas talian,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Kangar, Noor Amin Ahmad yang meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah usaha dilakukan oleh kementerian untuk membantu mahasiswa yang tidak mempunyai akses internet untuk meneruskan PdP berikutan penutupan UA akibat penularan pandemik COVID-19.

Noraini turut mengesahkan seramai 435,994 pelajar sepatutnya mendaftar mendaftar di UA pada 9 Oktober lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 111,009 atau 25.5 peratus adalah mahasiswa baharu manakala 324,985 adalah penuntut yang akan menyambung pengajian untuk semester berikutnya bagi sesi akademi 2020/2021.

Noraini menambah, sehingga 24 November 2020, sejumlah 44,188 pelajar UA masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran masing-masing.

Beliau memberitahu, lima kategori yang mana mahasiswanya dibolehkan kembali ke kampus adalah pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di UA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menjalankan kajian.

“Kategori kedua pelajar tahun akhir sama ada peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dan ketiga, pelajar semester tahun akhir yang tidak mempunyai akses internet.

“Keempat pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program latihan teknikal dan vokasional di politeknik dan kolej Komuniti serta terakhir pelajar sesi kemasukan baharu bagi sesi akademi 2020/2021 di semua UA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti,” katanya.

“UA juga telah diminta membuat perancangan jadual akademik yang rapi berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya berlaku senario di mana jadual makmal penuh, UA dibenarkan untuk menawarkan Semester 3 atau Semester pendek bagi pelajar untuk memenuhi keperluan kursus terbabit,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.