25 NOV: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan sebanyak RM4.8 bilion atau 19 peratus daripada peruntukan keseluruhan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk membangunkan infrastruktur di Sabah.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Henry Sum Agong berkata, sehingga penghujung tahun ini, sebanyak 14,780 rumah telah menerima bekalan elektrik 24 jam manakala 11,579 penduduk atau 79 peratus telah menerima bekalan air bersih dan terawat serta 462.24 kilometer jalan telah disiapkan.
“Apa penting untuk bagi kelangsungan pembangunan infrastruktur luar bandar diperlukan rakyat, diharapkan Belanjawan 2021 dibentang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 6 November mendapat kelulusan di dewan mulia ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bersatu Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris tentang peratusan yang telah dic pai untuk agenda pembangunan infrastruktur di Sabah dan apakah tindakan kerajaan bagi menjamin pembangunan di negeri itu.
Sementara itu, menjawab soalan asal Zakaria tentang status projek-projek infrastruktur asas luar bandar di Sabah di bawah kementerian khususnya seperti projek jalan, bekalan api dan bekalan air, Henry memberitahu pelbagai projek sedang dan dalam pembinaan dalam memebri keselesaan kepada penduduk di luar bandar.
Menurut beliau, sebanyak RM6.5 bilion diluluskan di bawah RMK-11 dan daripada 101 projek, sebanyak 18 projek sedang dalam peringkat cadangan, 22 projek dalam pelantikan perunding dan reka bentuk dan tujuh projek dalam peringkat perolehan mananakala 26 projek dalam pembinaan dan 28 projek telah siap sepenuhnya.
“Bagi pelaksanaan elektrik di luar bandar Sabah di bawah RMK-11 sebanyak 15 projek telah diluluskan dengan kos berjumlah RM3.6 bilion ddan memberi manfaat kepada 9,588 rumah di pelbagai daerah di negeri Sabah. Daripada 15, dua dalam peringkat pelantikan perunding kajian kesesuaian. Sembilan projek dalam fasa pembinaan dan empat projek telah siap sepenuhnya.
“Manakala bagi bekalan air di luar bandar negeri Sabah, sebanyak 63 buah projek dilaksanakan oleh kementerian dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.4 billion dan memberi manfaat kepada 34078 buah. Daripada 63 buah projek, 21 dalam peringkat pembinaan, 38 dalam peringkat reka bentuk dan empat projek telah siap,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH