25 NOV: Dewan Rakyat hari ini sebulat suara bersetuju bahawa waktu persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini tidak akan ditamatkan sebelum jam 3 petang.
Usul berkenaan mendapat persetujuan sebulat suara selepas ia dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan dan disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin.
Difahamkan pelanjutan masa berkenaan bagi membolehkan semua menteri menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 yang memasuki hari terakhir, sebelum proses pengundian Belanjawan 2021 diadakan esok seperti yang dijadualkan.