Maradona meninggal dunia, Argentina berkabung 3 hari
26 NOV: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.
Maradona yang dianggap pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas ketua pasukan Argentina maut akibat serangan jantung.
Pemenang Piala Dunia 1986 itu juga baru sahaja menjalani pembedahan otak awal bulan ini.
Maradona bukan sahaja tokoh di negaranya bahkan ikon bola sepak di seluruh dunia.
Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tiga hari waktu berkabung buat negara itu.
Beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.