27 NOV: Seorang pemuda rebah akibat disebat 146 kali setelah didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak di Bandar Idi, Aceh.
Memetik laporan AFP, dia juga menangis dan mengerang kesakitan semasa disebat di belakang tubuhnya dengan rotan.
Pemuda berumur 19 tahun itu merayu agar hukuman terhadapnya dihentikan supaya dia boleh dirawat oleg doktor sebelum sebatan diteruskan.
Tertuduh ditahan awal tahun ini atas dakwaan mencabul dan merogol mangsa yang tidak didedahkan umurnya.
Selain itu, dua lelaki lain masing-masing berusia 40 tahun dan 21 tahun disebat 100 kali kerana melakukan persetubuhan dengan pasangan bawah umur.