nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Heroin RM18 juta dirampas di sempadan

27 NOV: Polis Kedah rampas dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM18 juta dan menahan tujuh lelaki termasuk dua warga tempatan dan lima Thailand dalam serbuan di Padang Terap, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata tangkapan ini adalah yang terbesar di negeri ini hasil maklumat dan risikan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap.

Ketua Polis Kedah, Hasanuddin Hassan

Beliau berkata, operasi ini turut disertai pasukan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq dan Unit Dron dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Serbuan pertama jam 8 malam selepas polis menahan dua lelaki warga Thailand berusia 28 tahun dalam sebuah kereta Proton Wira Aeroback, di tepi jalan Padang Sanai.

“Hasil pemeriksaan dalam but kereta itu menemui dadah jenis heroin seberat 108.5 kilogram (kg) yang harga pasaran semasanya bernilai RM18 juta,” katanya pada sidang media, di IPD Padang Terap, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zaki Ashar dan Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Bidor, Perak, Superintendan Rosman Kasman.

Hasanuddin berkata, susulan itu, anggota dan pegawainya dan dibantu anggota Batalion 3 PGA kemudian masuk ke Hutan Situlang, Mukim Tolak, Padang Terap, jam 6 pagi semalam.

Ia adalah kawasan hutan yang berada di bawah tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Hasil pemeriksaan, kita menahan sebuah Pajero Mitsubishi dinaiki dua lelaki.

“Seorang daripadanya lelaki tempatan berusia 32 tahun berasal dari Changlun, Jitra manakala seorang lagi warga Thailand berusia 48 tahun,” katanya.

Hasanuddin berkata, hasil pemeriksaan menemui dadah jenis ganja seberat 7.75 kilogram (kg) bernilai RM20,000.

Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran di negara ini khususnya di Kedah.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif methapetamine,” katanya.

Pasukan polis turut melakukan operasi, jam 10.30 pagi di lokasi sama, semalam dan menahan dua lelaki iaitu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dan seorang lelaki Thailand berusia 36 tahun.

Hasil pemeriksaan menemui selaras senapang patah dan sebilah parang di belakang tempat duduk kenderaan itu.

“Kita menahan mereka dan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

“Lelaki tempatan itu berasal dari daerah Padang Terap manakala lelaki Thailand itu berasal dari Pattani,” katanya.

Berikutan itu, polis merampas senapang model Savage 69 series, parang berukuran 39 sentimeter, 9.3 gram syabu dan 5.18 gram pil kuda yang bernilai RM1,450.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasanuddin berkata, pada jam 3 petang semalam, pihaknya seorang lelaki Thailand berusia 28 tahun di lokasi sama di kawasan khemah sementara di situ.

Lelaki itu dalam keadaan mencurigakan ditahan kerana berada dalam kawasan operasi dijalankan PDRM.

“Namun hasil pemeriksaan tidak menemui dadah padanya dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methapetamine,” katanya.

Hasanuddin berkata, pihaknya tidak menafikan mereka mempunyai kaitan dan rangkaian antara satu sama lain di kawasan hutan itu.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih dijalankan setakat ini.

Semalam media melaporkan, dua lelaki warga Thailand berusia lingkungan 30-an ditahan polis kerana disyaki terbabit membawa masuk dadah lebih 100 kilogram bernilai RM10 juta di tepi jalan Padang Sanai, Padang Terap.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.