nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mengapa dunia tidak label Israel pengganas?

1 DIS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu berpendirian tegas dan tidak tunduk kepada gesaan negara-negara lain terhadap sokongan Malaysia kepada Palestin serta negara-negara Islam yang ditindas.

Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan seharusnya tidak berganjak dan sentiasa memberi sokongan terhadap negara-negara yang selama ini Malaysia berpendirian untuk menyokong negara-negara yang telah dirampas hak mereka oleh kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

“Suka saya tegaskan supaya pendirian negara kita mesti pendirian tegas dan tidak berganjak dan tidak tunduk gesaan-gesaan dari negara lain terutamanya isu menyentuh Kashmir, Palestin, Rohingya dan lain-lain di mana ada pihak menuduh Palestin sebagai contoh pengganas tanpa mereka menyebut Yahudi yang meroboh, merampas hak milik rakyat Palestin ini sebagai pengganas.

nik zawawi
NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH

“Sebenarnya, mereka (Israel) adalah pengganas begitu juga dengan negara-negara kuasa besar, kadangkala negara-negara besar seperti AS, dia seolah-olah raja dalam dunia, apa yang dia nak buat, dia nak serang Sudan, dia nak buat ke atas Libya dan di atas mana-mana negara sekalipun, dia boleh buat.

“Sebab itu pendirian Malaysia mesti tegas, kita tidak mengatakan Palestin itu pengganas tapi kita mengatakan Yahudi Israel itu negara pengganas. Begitu juga Amerika dan negara-negara lain yang sebenarnya mereka pengganas, membuat ancaman-ancaman kepada negara-negara yang tidak sebulu dengan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) berharap agar kerajaan menyediakan garis panduan lengkap berkenaan hak asasi manusia bagi membendung sebarang salah laku jenayah berkaitan isu perkauman dan agama di negara ini

“Kadangkala istilah hak asasi manusia diceroboh menyebabkan ada pihak mengatakan ini adalah hak asasi manusia kerana kita mesti faham negara kita yang berada dalam kumpulan masyarakat majmuk.Hak asasi ini berbeza kalau dilihat mengikut kaca amta agama, kaca mata bangsa dan mengikut adat budaya di dalam negara.

“Jadi, sebab itu peruntukan ini sangat tidak sepatutnya berkurangan dari RM1 juta kepada RM868,000 ini adalah satu yang tidak berpatutan dan minta menteri supaya beri penjelasan kenapa peruntukan ini dikurangkan kerana isu berkaitan hak asasi manusia ini sering menimbulkan kekecohan di dalam negara,” katanya.

Sementara itu, berkaitan isu pembakaran hutan di Indonesia setiap tahun yang sering mendatangkan pencemaran alam sekitar kepada negara, Nik Muhammad Zawawi mencadangkan agar kerajaan melaksanakan pelan berkesan serta kerjasama erat agar pencemaran tersebut tidak lagi memberi kemudaratan kepada rakyat di Malaysia. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.