3 DIS: Pandemik COVID-19 bukan sahaja menjejaskan ekonomi global malah turut menyebabkan kadar upah pekerja secara keseluruhan berkurangan sehingga beberapa trilion dolar.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam laporannya berkata, golongan yang menerima kesan paling besar adalah pekerja wanita dan mereka yang bergaji rendah.
Data rasmi ILO mendapati gaji bulanan dari Januari hingga Jun lalu jatuh atau meningkat lebih perlahan di dua pertiga negara di seluruh dunia.
Manakala, peningkatan gaji di satu pertiga negara lagi berlaku setelah sebahagian besar pekerja bergaji rendah hilang pekerjaan.
Setelah ditolak subsidi upah, sebanyak 8.1 peratus pekerja wanita dan 5.4 peratus pekerja lelaki mengalami pengurangan gaji sehingga 6.5 peratus.
Selain itu, kira-kira 50 peratus dengan gaji terendah mengalami pengurangan gaji sehingga 17.3 peratus.
Secara keseluruhan, seramai 266 juta pekerja di seluruh dunia menerima upah di bawah paras gaji minium, malah situasi itu dikesan berlaku sebelum COVID-19 melanda.