3 DIS: Tokoh veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tahun ini.
Beliau turut menyatakan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang pada pilihan raya akan datang.
“Saya telah menyumbangkan separuh daripada usia saya berkhidmat kepada orang ramai dan sudah tiba masanya saya melakar separuh lagi usia yang tinggal,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini.
Chang Khim berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang sehingga DUN Selangor dibubarkan.
Beliau yang menyertai DAP sejak 30 tahun lalu telah bertanding dalam enam pilihan raya umum dan menjadi ADUN selama 25 tahun.
Selaiun itu, Chang Khim menganggotai CEC DAP selama 24 tahun. – Oleh HUSSAINI AMRAN