4 DIS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen bermula tengah malam ini sehingga 11 Disember.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM1.97 seliter kepada RM2.00 seliter.
Sementara itu, bagi harga RON95 naik daripada RM1.67 seliter kepada RM1.70 seliter.
“Harga runcit diesel pula naik 4 sen daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90 seliter.
“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula mekanisme harga automatik (APM),” kata kementerian itu. Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH