4 DIS: Orang ramai dipelawa untuk mendaftar sebagai pengunjung Karnival Usahawan Desa secara dalam talian (eKUD) yang berlangsung mulai hari ini hingga 6 Disember.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui hantaran dalam laman Facebook hari ini berkata, mereka boleh melayari laman sesawang eKUD (www.ekud.my) untuk mendaftar.
Terdapat sebanyak 500 pempamer digital selain aktiviti jualan kilat dan mega, padanan perniaaan digital dan seminar digital oleh usahawan berpengalaman.
Selain itu, pengujung boleh mengikuti jualan langsung oleh selebriti jemputan, demonstrasi masakan oleh chef selebriti, pertanian bandar, laman ternakan serta cabutan bertuah.
Program tersebut dianjurkan secara maya buat julung-julung kali berikutan pandemik COVID-19.