8 Dis : Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, belum ada mana-mana parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu setakat ini.
Jelasnya, berikutan itu, pihak istana akan menunggu sehingga pihak yang telah bersedia dan menyakinkan sultan bahawa mereka sudah memiliki majoriti mudah.
“Sehingga baginda diyakinkan sudah ada jumlah majoriti mudah dari mana-mana pihak, barulah istiadat angkat sumpah menteri besar boleh dilaksanakan.
“Bagaimana pun setakat ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah masih belum diyakinkan oleh mana-mana pihak bahawa mereka sudah ada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
“Kita tunggu sehingga mereka telah bersedia untuk menyakinkan sultan, barulah sultan berpuas hati bahawa mereka sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri,” jelasnya lagi.
Setakat ini katanya lagi, belum ada mana-mana pihak yang mohon untuk menghadap baginda esok.