10 DIS: Haiwan juga tidak terlepas daripada ancaman COVID-19 dan ia terbukti apabila empat ekor singa di Zoo Barcelona, Sepanyol disahkan positif virus tersebut.
Memetik laporan CNA, tiga singa betina iaitu Zala, Nima dan Run Run, masing-masing berumur 16 tahun, serta seekor singa jantan, Klumber, 4 tahun menunjukkan gejala selesema ringan dan sukar bernafas.
Kesemua haiwan terbabit telah diberikan ubat oleh kakitangan perubatan Zoo Barcelona.
Singa-singa itu turut menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR).
Dua kakitangan zoo yang dipercayai pekerja kandang singa dilaporkan positif COVID-19.
Zoo Barcelona tidak mengeluarkan kenyataan tentang punca jangkitan terhadap singa-singa berkenaan.
Sebelum ini, empat ekor hariman dan tiga ekor singa di Zoo Bronx, New York dijangkiti COVID-19.