11 DIS: Bermacam-macam taktik digunakan oleh penjenayah untuk menyeludup dadah malah ada yang menggunakan unta untuk melakukannya.
Memetik laporan AFP, taktik itu dikesan oleh polis Maghribi apabila satu tan ganja yang diletakkan di atas bonggol 10 ekor unta berjaya dirampas.
Unta-unta terbabit ditemukan berjalan tanpa jagaan manusia di kawasan selatan negara itu.
Seorang lelaki kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Kelmarin, polis Maghribi berjaya merampas hampir dua tan ketulan mampat ganja yang ditanam di kawasan padang pasir di Laayoune.
Rampasan itu dibuat selepas polis menahan sebuah trak membawa dua bot getah dan empat enjin yang disyaki digunakan untuk mengedar dadah.