COVID-19: Saravanan kuarantin di rumah
11 Dis : Ekoran seorang kakitangan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang didapati positif Covid19, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan kini menjalani perintah kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat seorang individu yang disahkan positif Covid19.
Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah itu menjalani perintah kuarantin itu selepas menjadi kontak rapat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Datuk Shahul Hameed Dawood.
Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya, positif COVID-19 dan memaklumkan kakitangan berkenaan ketika ini mendapatkan rawatan dan di bawah pemantauan pegawai perubatan menerusi satu kenyatan.
Sehubungan itu, semua kakitangan HRDF menjalani ujian calitan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga serta keadaan kesihatan mereka akan dipantau.
Pada masa sama, ibu pejabat HRDF di sini, ditutup selama seminggu mulai hari ini untuk kerja sanitasi dan pembersihan sepenuhnya.