nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NGO Desak SPRM Siasat Sindiket Daging Import

11 DIS: Dua pertubuhan bukan kerajaan, Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor (PKABS), hari ini menyerahkan memorandum kepada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak agar siasatan terperinci dilakukan terhadap dalang sindiket kartel daging import yang menggunakan sijil halal palsu.

Presiden GBHM, Mohd Zulfitri Mohd Basir berkata, penyerahan memorandum ini  membawa suara dan kebimbangan rakyat terutama yang masyarakat beragama Islam susulan terbongkarnya isu status halal palsu daging import yang dipasarkan di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya beranggapan terlalu banyak kemusykilan dalam kes kartel daging yang menggunakan sijil halal palsu ini yang tidak dijawab secara telus oleh pihak berkuasa yang terbabit.

“Sehingga kini tiada tangkapan dan pendakwaan yang dibuat terhadap sindiket berkenaan dengan alasan pihak berkuasa sedang mengumpulkan maklumat.

“Kami percaya wujudnya ketirisan dan pembabitan berunsur rasuah dalam kalangan pegawai pihak berkuasa terbabit sehingga daging import haram sebanyak itu dapat diseludup masuk dan diedarkan ke seluruh negara.

“Setelah isu kartel dimainkan sejak bertahun-tahun, tiada satu pihak mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah. Hari ini, kami (GBHM) bersama dengan PKABS sepakat menghantar memorandum mengandungi 11 desakan kepada SPRM untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik sindiket kartel ini,,” katanya sebelum menyerahkan memorandum berkenaan kepada SPRM, di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu Mohd Zulfitri menegaskan, pihaknya juga percayai sindiket berkenaan sudah lama beroperasi di negara ini dan meminta SPRM menyiasat isu berkenaan kerana ia membabitkan kegusaran awam dan menghina agama Islam.

Sementara itu, Presidan PKABS, Rahmadin Alimuddin berkata, 11 tuntutan yang dibuat itu antaranya mahu SPRM menyiasat identiti ‘kartel’ yang disebutkan oleh banyak pihak.

“Selain persoalan mengapa tiada sebarang tangkapan terhadap pemilik syarikat yang mengimport daging berkenaan, rakyat juga mahu tahu jenama daging haram yang digunakan oleh pihak kartel, siapakah pemilik sebenar kebenaran import (AP) import daging berkenaan dan bagaimana daging sebanyak itu boleh lolos daripada pemeriksaan pihak berkuasa yang berkaitan?

“Kita juga memohon agar SPRM menjalankan siasatan pihak manakah yang menyediakan dan membuat dokumen palsu bagi pihak ‘kartel’ seperti yang didakwa dan siapakah dalang sebenar dalam sindiket ini?

“Timbul juga persoalan mengapakah sindiket ini seolah-olah kebal dan dilindungi oleh pihak-pihak tertentu dan kenapa daging yang sudah diedarkan tidak disita dari pasaran,” katanya.

Tuntutan lain yang dibuat termasuk untuk menyiasat ke mana daging haram itu dipasarkan dan berapa lamakah pengedaran itu berlaku, mengapa tiada serbuan ke atas kilang-kilang di negeri lain yang mungkin juga terbabit secara langsung dengan kilang yang diserbu, serta berapakah jumlah sebenar daging yang terlepas ke dalam pasaran selama ini.

Sebelum ini, media melaporkan kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Stok daging berkenaan dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta disita, dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah gudang di Senai, Johor.- Haika Ghazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.