nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penyelesaian episod politik Perak bukti kematangan

11 DIS: Kejayaan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyelesaikan episod politik di Perak secara harmoni bukti kematangan berpolitik dan wujud persefahaman kukuh antara parti berkenaan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata penyelesaian episod politik Perak secara harmoni penting kerana UMNO, PAS dan BERSATU adalah antara parti besar yang membentuk kerajaan Persekutuan, sekali gus dapat mengelak berlaku perpecahan sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

“Dalam mana-mana persahabatan akan ada ujian dan andaikata persahabatan itu kukuh, utuh dan berasaskan keikhlasan maka insya-Allah akan dapat menghadapi ujian sebagaimana kita berdepan episod negeri Perak.

SHAHRIL HAMDAN
SHAHRIL HAMDAN

“Sesuatu perkara itu perlu dilihat dari sudut positif dan mungkin inilah ujiannya. Kalau kita UMNO/PAS rapat sebagaimana 22 bulan semasa kita dalam blok pembangkang maka itu bukan ujian sebab senang… tak ada perkara duniawi yang dihidangkan untuk kita diuji dan selepas 1 Mac 2020 telah ada beberapa ujian.

“Walaupun sekarang ini ada beberapa persoalan tertentu timbul, memang timbul dan sedang ditimbulkan dengan perlu penyelesaian tetapi saya yakin bahawa pada pengakhirannya bukanlah perpecahan tetapi penyatuan yang lebih kukuh, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi Ahli Panel dalam forum “Bicara Harakah: Hala Tuju MN/PN Dalam Krisis Politik Perak” yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, malam tadi.

Sementara itu, Shahril menzahirkan rasa syukur kerana kemelut yang berlaku di Perak dapat diselesaikan melibatkan tiga buah parti yang membentuk persefahaman biarpun dikatakan ada parti lain juga turut disebut-sebut.

“Saya lihat episod di Perak ini, alhamdulillah sudah selesai apabila menteri besar angkat sumpah dan Exco-exco juga demikian. Penyelesaian yang harmoni melibatkan tiga parti yang membentuk kerajaan negeri di Perak iaitu tiga parti besar juga yang membentuk kerajaan Persekutuan.

“Ujian ini datang sebagai satu pengalaman yang benar-benar menguji kematangan, keikhlasan dan toleransi semua pihak. Adakah akan ada implikasi dan kesan hasil dari situasi di Perak, maka saya jawab ya kerana akan ada lagi kesan-kesan yang memerlukan pengurusan dari ketiga-tiga pihak untuk memastikan perkara ini selesai secara elok tetapi sekurang-kurangnya ujian pertama sudah dapat diurus dengan tidak ada perpecahan sama ada di Perak atau di Pusat.”

Berikutan itu, Shahril berkata beliau yakin, daripada pengalaman tersebut akan dapat membina satu persefahaman yang lebih kukuh.

“Kita akui bahawa UMNO tak boleh suka-suka mengubah ikatannya dengan mana-mana parti semata-mata untuk memanjangkan atau mencapai aspirasi politik UMNO. Kita tak boleh semata-mata nak kuasa maka kita tak ada langsung garis merah dalam diri kita.

“Penterjemahan apa yang saya sebut tadi, alhamdulillah dalam kes negeri Perak tidak berlaku sebagaimana yang diuar-uarkan iaitu UMNO menjadi kerajaan negeri dengan sokongan dari parti lain selain dua parti hari ini iaitu PAS dan BERSATU,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata ujian dalam persahabatan tentunya tidak akan setuju dalam semua perkara tetapi apa yang perlu fokus adalah pengakhirannya.

“Pengakhirannya kerajaan antara tiga parti di Perak ini adalah kekal dan yang berubah adalah menteri besarnya. Itulah yang harus kita fokuskan, bergerak ke hadapan.

“Barangkali ada pengajaran-pengajaran kepada kita, UMNO, PAS, BERSATU supaya episod-episod yang berlaku tempohari diminimakan atau ditiadakan sama sekali.

“Saya melihat ujian kepimpinan, ujian kematangan dan kemahiran kerana kita tak boleh nafikan bahawa pemimpin ini perlu mengimbangi dua keperluan.

“Satu tak boleh terlalu jauh dengan akar umbi misalnya dalam UMNO tak boleh hilang imej dari suara akar umbi dan satu lagi keperluan untuk menenangkan kepimpinan, ada keperluan untuk menzahirkan aspirasi politik parti saya, ada yang boleh panaskan tetapi masalah tak akan selesai jika kita terus pilih untuk saling memanaskan… krisis tak akan selesai. Kita mulakan permulaan baharu,” katanya.

Dalam pada itu Shahril berkata, pengalaman dua tiga minggu ini memberi kematangan kepada parti-parti yang saling bersahabat untuk terus membentuk persefahaman.

“Ada masa kita tekan brek… ada masa kita tukar gear dan ini adalah isyarat kepada ketiga-tiga parti. Inilah keperluan. Kita perlu tunjukkan kematangan dan kita tidak mahu kepada perpecahan. Rakyat hari ini tak minat sangat soal persaingan antara parti politik dan tak mahu tahu mana yang lebih banyak atau lebih kuat sebaliknya apa pengakhiran kepada rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.