11 DIS: Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 serta diesel masing-masing naik 3 sen bermula tengah malam ini sehingga 18 Disember.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, harga petrol RON97 naik daripada RM2.00 seliter kepada RM2.03 seliter.
Sementara itu, harga petrol RON95 naik daripada RM1.70 seliter kepada RM1.73 seliter.
“Harga runcit bagi diesel pula daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter.
“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula mekanisme harga automatik (APM),” kata Kementerian Kewangan. – Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH