nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pulih FELDA langkah kembali hak 2 juta peneroka

13 DIS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyifatkan usaha untuk memulihkan kembali FELDA sebagai langkah penting dalam mengembalikan semula hak lebih dua juta peneroka Felda dalam negara.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apabila kerajaan PN mengambil alih tampuk pentadbiran negara, antara tumpuan utamanya ialah memulihkan agensi berkenaan.

“Ini bukan satu masalah kecil dan kerajaan mesti ambil satu langkah yang boleh menyelamatkan, untuk mengembalikan semula hak peneroka yang sebenar.

“Kalau tanah itu milik mereka, kita akan bagi kepada mereka. Kalau dahulunya dijadikan syarikat awam, kita akan kembali menjadikannya syarikat persendirian,” katanya d ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Pagoh di Dewan Orang Ramai, Bukit Serampang, hari ini.

muyiddin yassin
MUHYIDDIN YASSIN

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pelbagai langkah pemulihan telah dirancang menerusi Pasukan Petugas Khas FELDA yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar dan turut disertai Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, untuk memulihkan FELDA.

“Saya beritahu kepada mereka apabila kita (kerajaan) terpaksa membantu untuk memulihkan keadaan dan mengembalikan semula hak peneroka FELDA, maka kita hendak lihat dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama, FELDA ini akan memberikan keuntungan.

“Mereka berjanji pada saya, mulai 2023, FELDA akan kembali untung seperti dahulu. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan berusaha mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara (MPN), walaupun sedar terpaksa berhadapan dengan keadaan ekonomi yang getir berikutan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, ini kerana jumlah mereka yang menganggur pada tahun ini bertambah kepada 700,000 orang atau 5.6 peratus, berbanding hanya tiga peratus pada tahun sebelumnya.

“Jumlah mereka yang tiada pekerjaan meningkat, mereka yang meniaga terpaksa gulung tikar kerana rakyat tiada pendapatan, menyebabkan mereka menanggung kerugian. Disebabkan itu juga, mereka tidak mengambil pekerja baharu dan yang ada pun terpaksa diberhentikan.

“Sebab itu kerajaan menubuhkan Majlis Pekerjaan (Negara) yang dipengerusikan saya sendiri, dengan tujuan untuk menentukan ekonomi negara dapat terus lebih tersusun dan cari jalan bantu rakyat, yang kini sebahagian besar hilang pekerjaan dan tiada pendapatan,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Deepavali peringkat Parlimen Pagoh, di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Temiang Renchong.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan bercadang meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar dapat menampung keperluan imunisasi hingga 70 peratus rakyat berbanding kuantiti asal sebanyak 30 peratus.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir memberitahu, ini kerana ada negara yang sudah membeli vaksin itu dengan sesetengahnya memperoleh dalam kuantiti yang banyak melebihi jumlah penduduk mereka sendiri.

“Untuk keperluan Malaysia, kita sudah dapat 30 peratus. Saya sudah arahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) Khairy Jamaluddin untuk berunding supaya dapat tambah dari 30 peratus kepada 60 ataupun 70 peratus.

“Ini dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setakat hari ini… kalau dapat ditingkatkan ke jumlah itu maka lebih terjamin rakyat kita daripada virus COVID-19,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali 2020 Dewan Undangan Negeri Gambir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.