15 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memgumumkan dua kluster iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah tamat hari ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham, ini menjadikan jumlah kluster aktif yang sedang dipantau adalah sebanyak 189 kluster.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes),” jelasnya.
Sehingga 15 Disember, terdapat sebanyak 418 kluster telah dilaporkan dan jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini di Sabah.