15 DIS: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pagi ini.
Saarani tiba menaiki kereta Toyota Camry warna merah pada jam 11.57 pagi selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghadap Sultan Nazrin jam 10.50 pagi dilihat keluar selepas hampir sejam.
Abdul Hadi sempat melambai tangan kepada media ketika keluar perkarangan Istana jam 11.40 pagi dan dipercayai terus ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Beliau hadir ke Istana Kinta selepas mendapat perkenan menghadap Sultan Perak bagi memaklum sembah perkembangan situasi politik susulan pertukaran kerajaan negeri dan Menteri Besar