KUALA LUMPUR, 16 Dis – Seorang kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Jalan Ampang telah disahkan positif Covid-19 dan sehubungan itu, semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso, Jalan Ampang ditutup bermula 14 Dis hingga 18 Dis ini bagi kerja-kerja nyahkuman dan sanitasi.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
“Kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggan menjadi keutamaan dan Perkeso akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekang penularan pandemik itu bagi menjamin keselamatan pelanggan terjamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamed Azman berkata, kes ini ditangani dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan (careline) Perkeso di talian 1300-22-8000.