16 DIS : Pejabat Pelajaran Negeri Johor serta Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu ekoran seorang kakitangan Jabatan Pelajaran dan pekerja Pasar Awam Larkin disahkan positif Covid-19.
Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, penutupan seminggu itu bermula hari ini sehingga 22 Dis selepas Jabatan Kesihatan Johor mengesan kes positif COVID-19 membabitkan dua premis tersebut.
“Penutupan hingga 22 Dis itu bagi membolehkan pelaksanaan tindakan pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan.
“Berdasarkan ujian saringan yang dilakukan, seorang kakitangan Jabatan Pelajaran dan seorang pekerja di Pasar Awam Larkin, positif COVID-19,” katanya.