nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shahril sindir Ku Li tak hormat disiplin parti

16 DIS: Tindakan seorang pemimpin veteran UMNO mengadakan sidang media dengan pemimpin besar parti pembangkang berhubung isu-isu politik semasa kelmarin dikhuatiri boleh mengelirukan akar umbi tentang pendirian sebenar parti.

Tanpa menamakan kedua-dua pemimpin terbabit, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, tindakan pemimpin UMNO bertaraf Penasihat itu tidak menghormati disiplin parti yang memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021.

Beliau turut membangkitkan persoalan tentang reaksi yang timbul sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang lain melakukan perkara serupa.

SHAHRIL HAMDAN
SHAHRIL HAMDAN

“Atau bayangkan selepas ini ada Ahli Parlimen UMNO atau mana-mana pemimpin UMNO buat gerakan terbuka, panggil media, dengan parti lawan, tanpa izin Presiden atau Majlis Kerja Tertinggi?

“Adakah ia tauladan yang baik? Adakah ia menjernihkan keadaan dalam parti? Sudah tentu tidak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar bersama bagi menyuarakan pendirian mereka tentang Belanjawan 2021 serta isu-isu politik semasa di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Shahril berpandangan, pemimpin-pemimpin UMNO boleh menyuarakan pandangan yang berbeza namun ia seharusnya melalui saluran yang betul.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, situasi adalah berbeza apabila seseorang pemimpin menyuarakan pandangan berbeza secara terbuka dalam sidang media.

“Tetapi apabila terang-terang mengumum dan mengajak ke arah sesuatu tindakan dasar tanpa izin parti; bertentangan dengan parti – itu cerita lain. Ini bukan lagi sekadar spekulasi atau cakap-cakap belakang ditambah gula, garam secukup rasa sehingga kesahihan diragui. Ini tindakan politik terbuka di khalayak ramai.

“Bagi saya, ia tidak boleh dibiasakan, dibudayakan atau menjadi normal baharu politik UMNO. Sebab itu saya suarakan perkara ini – supaya insiden semalam tidak berlalu seolah tiada apa-apa luar kelaziman yang berlaku. Ia mesti dihentikan,” jelasnya.

Shahril turut menekankan tentang betapa pentingnya disiplin dan keutuhan parti dihargai ketika UMNO merencana langkah seterusnya.

“Barangkali Penasihat yang jauh lebih luas pengalaman dan kebijaksanaan beliau berbanding saya juga tidak terlepas dari kekhilafan,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.