18 DIS : Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 1,683 kes harian baharu, sekaligus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 90,816 kes.
Menurutnya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,675 kes.
“Selangor terus kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 692 kes bersamaan 41.1 peratus daripada keseluruhan kes hari ini. Diikuti oleh Sabah yang melaporkan sebanyak 260 kes bersamaan 15.4 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 197 kes bersamaan 11.7 peratus.
“Sebanyak 313 kes pula yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (235 kes), Kluster Tembok (55 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), Kluster Bakti (8 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes),” ujarnya.
Setakat hari ini, KKM memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,140 kes manakala bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,214 kes.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 75,244 kes (82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Beliau juga memaklumkan tiada sebarang kes kematian jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan angka keseluruhan kes kematian kekal sebanyak 432 kes.
Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,285 kes.
“Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes (37.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 356 kes (74.0 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
“Ini diikuti oleh negeri Sabah yang melaporkan sebanyak 268 kes (20.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 232 kes (17.9 peratus).
Sebanyak 57 kes bersaman 4.4 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan sebanyak 26 kes, Kluster Tembok sebanyak 22 kes, Kluster Penjara Seberang Perai sebanyak 8 kes dan Kluster Bakti sebanyak 1 kes, ujarnya.
Beliau turut memaklumkan bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini adalah sebanyak 1,052 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 72,733 kes bersamaan 82.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sehingga 16 Dis, terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.