18 DIS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta, petang tadi.
Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih atas pemergian balu kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarhamah Tun Abdul Razak Hussein.
“Seri Paduka berdua menzahirkan harapan supaya seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih serta pilu ini.
“Seri Paduka berdua turut mendoakan supaya roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” kata kenyataan itu.
Allahyarhamah yang juga bonda kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta. Seri Paduka turut berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital terbabit semalam.-Haika Khazi
Get real time updates directly on you device, subscribe now.