19 DIS : Pihak berkuasa tempatan bandar Wuxi di Wilayah Jiangsu, Timur China mengesan virus Covid-19 pada bungkusan ikan timah sejuk beku yang diimport dari Myanmar.
Pegawai pencegahan dan kawalan COVID-19 bandar itu berkata, mereka mengesan virus berkenaan dalam sampel bungkusan yang diambil daripada ikan timah yang disimpan di kedai makanan tempatan.
Pihak berkuasa kemudiannya menyita produk berkaitan yang dikesan dan melakukan kerja pembasmian kuman pada premis serta kenderaan yang digunakan untuk menyimpan atau mengangkut produk itu.
Seramai 17 orang yang mempunyai kontak dengan bungkusan tercemar kesemuanya didapati positif Covid-19 dan kini di bawah pemantauan pengasingan.
Negara tersebut kini sedang meningkatkan usaha menghalang penularan COVID-19 melaui makanan import selepas virus itu yang telah dikesan beberapa kali pada produk makanan sejuk beku.
Mekanisme pencegahan dan kawalan bersama Majlis Negeri terhadap COVID-19 turut melancarkan pelan untuk pengurusan menyeluruh rantaian makanan sejuk beku import menggunakan konsep pengedaran tertutup yang dapat dijejaki.
Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu untuk mencegah jangkitan COVID-19 melalui rantaian makanan sejuk beku yang diimport melalui jalan darat atau laut.