nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Promosi budaya homoseks, buku ‘Gay is OK!’ diharamkan

20 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap dua buah penerbitan bertajuk ‘Gay is OK! A Christian Perspective’ melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 340 bertarikh 27 November lalu dan ‘Peichi’ melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 355 bertarikh 15 Disember lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Warta Perintah Larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, kandungan penerbitan bertajuk ‘Gay is OK! A Christian Perspective’ yang dilihat cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama dan budaya di negara ini.

Wan Ahmad Dahlan, amalan hidup songsang adalah jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Manakala penerbitan bertajuk ‘Peichi’ memuatkan kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan norma hidup masyarakat Malaysia yang amat menitikberatkan kesopanan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan dianggap telah melakukan kesalahan.

Wan Ahmad Dahlan menambah, apabila disabitkan, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301 tersebut.

“Sekiranya masyarakat awam mendapati penerbitan di atas atau mana-mana penerbitan yang dikhuatiri melanggar undang-undang negara masih diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan, KDN di talian telefon 03 – 88868047 atau faks 03 – 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.