21 DIS: Gempa bumi kuat pada 6.2 skala Richter telah berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 1.23 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian dikesan di koordinat 40.9° Utara dan 142.6° Timur.
Gempa bumi yang mempunyai kedalaman 63 kilometer (km) di lokasi yang terletak 104 km dari Hachinohe, Jepun.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata jabatan itu dalam kenyataan melalui Facebook hari ini.