22 DIS : Sembilan kumpulan perubatan di Jepun iaitu Persatuan Hospital Jepun, Persatuan Perubatan Tokyo, Persatuan Pergigian Jepun, Persatuan Farmasi Jepun dan Persatuan Jururawat Jepun semalam mengisytiharkan darurat apabila sistem rawatan di seluruh negara diancam krisis berikutan peningkatan kes COVID-19.
Sembilan kumpulan itu mendesak masyarakat mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mencegah jangkitan dan meminta pemerintah pusat dan daerah menyokong petugas perubatan barisan hadapan.
“Sistem perubatan yang membolehkan setiap orang menerima rawatan berada dalam situasi yang sangat tidak menentu.
“Jika dibandingkan dengan penyebaran influenza pada musim sejuk, penularan virus COVID-19 kini menjadi satu “ancaman luar biasa dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangi kes jangkitan baharu dengan apa jua cara ,”kata Ketua Persatuan Perubatan Jepun Toshio Nakagawa, pada sidang media bersama di Tokyo.
Selain itu, beberapa perwakilan daripada sembilan kumpulan itu meminta sekatan pergerakan lebih ketat oleh pemerintah untuk membendung virus tersebut.