22 DIS: Semata-mata kerana berselisih faham, seorang anggota polis bertindak kejam menembak seorang wanita tua dan anak lelakinya dari jarak dekat dengan menggunakan pistol di pekan Tarlac, utara Manila, Filipina, baru-baru ini.
Perbuatan tidak berhati perut itu dilakukan terhadap mangsa, Sonya Gregorio, 52, dan anak lelakinya, Frank Anthony serta tular dalam media sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Pertikaman lidah tercetus antara Sarjan Jonel Nuezca, 46, dan Sonya dipercayai kerana penggunaan ‘boga’ iaitu alat menyerupai meriam buluh yang diperbuat daripada PVC menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Nuezca yang ditemani anak perempuannya dilihat tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak Gregorio dan Frank di kepala.
Dia menembak Gregorio yang sudah terbaring sekali lagi dan kejadian itu disaksikan oleh anak perempuannya.
Memetik laporan media tempatan, Nueza kemudian meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki motosikal sebelum menyerah diri di balai polis berhampiran.
Suspek yang bertugas di makmal jenayah balai polis Paranaque dikatakan mempunyai masalah disiplin.
Nuezca juga didakwa atas tuduhan membunuh dua mangsa terbabit.