nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kit Siang sebar maklumat salah vaksin COVID-19

22 DIS: Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung status terkini portfolio vaksin COVID-19 hari ini dapat menyelesaikan isu penularan maklumat tidak tepat yang disebarkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, melalui perjanjian yang dimuktamadkan dengan pembekal vaksin itu, Malaysia bakal memperoleh vaksin untuk diberikan kepada hampir 83 peratus penduduk dengan harga RM2.05 bilion.

“Perdana Menteri baharu sahaja mengumumkan portfolio vaksin COVID-19 yang dikemas kini dan setelah menandatangani perjanjian dengan COVAX, Pfizer dan BioNTech serta AstraZeneca, dan bakal memuktamadkan perjanjian dengan Sinovac, CanSino dan juga Gamaleya, kita akan mendapat vaksin untuk hampir 83 peratus penduduk dengan harga RM2.05 bilion.

“Dengan pengumuman ini, saya harap ia dapat menyelesaikan maklumat salah yang disebarkan Kit Siang yang mendakwa kerajaan membelanjakan RM3 bilion hanya untuk perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech sahaja merangkumi 20 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut menawarkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang bersifat bipartisan agar segera memberi penerangan tentang perincian perolehan untuk kepentingan bersama.

Khairy memberitahu, vaksin itu akan dihantar sepanjang tahun depan dengan penghantaran pertama dijadualkan bermula Februari 2021.

“Ini berdasarkan persetujuan dan pendaftaran Badan Pengawas Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).

“Untuk perincian lanjut, saya akan jelas dalam sidang media esok,” katanya.

Terdahulu, Khairy menyangkal kenyataan Kit Siang berhubung perbandingan kos vaksin Pfizer yang perlu dibayar negara.

Kenyataan Kit Siang itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara sinis menyifatkan kos vaksin COVID-19 yang dinyatakan oleh Penasihat DAP tersebut adalah yang paling rendah di seluruh dunia.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Khairy berkata, kerajaan menanggung kos RM77.35 bagi setiap rakyat Malaysia melalui pemberian vaksin COVID-19.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata jumlah peruntukan berkenaan adalah kurang sedikit jika dibandingkan dengan Belgium.

“Belgium memperuntukkan RM1.38 bilion bagi membeli vaksin COVID-19 untuk 16.75 juta rakyatnya.

“Ini bermakna jumlah peruntukan oleh Belgium bagi setiap rakyatnya adalah sebanyak RM82.40,” jelasnya bagi memberi fakta sebenar selepas tular di media sosial mengenai perbandingan harga bagi vaksin di Malaysia dan Belgium. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.