22 DIS : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL) bagi bayaran bukan tunai sehingga jam 4.30 petang sehingga sehingga 31 Disember ini.
LHDN dalam kenyataan berkata waktu operasi bagi bayaran tunai kekal pada jam 1 tengah hari dalam tempoh itu.
Katanya, perlanjutan waktu operasi bagi memberi kemudahan kepada pembayar cukai untuk melunaskan tunggakan cukai sebelum berakhir tahun ini.
“Perlanjutan waktu operasi membabitkan urusan bayaran selain tunai (cek, deraf bank, kiriman wang dan wang pos) bermula 8 pagi sehingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, manakala bayaran tunai dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya.
Sehubungan itu, pembayar cukai disarankan memanfaatkan perlanjutan waktu operasi ini bagi melunaskan semua baki tertunggak selaras dengan Kempen ‘Katakan Ya Kepada Sifar Tunggakan Tahun 2021’.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASIL Live Chat.
LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.