24 DIS: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersedia memberikan potongan sebanyak 40 peratus kepada semua pengusahaan pelancongan berlesen dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun oleh MOTAC sehingga 30 Jun 2021.
MOTAC juga akan memberikan pelanjutan tempoh pembayaran kompaun sehingga 30 Jun 2021 bagi semua kompaun yang dikeluarkan oleh kementerian itu kepada pengusaha pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen.
“MOTAC berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
“Namun demikian, pihak kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan,” kata MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.
MOTAC berharap tindakan seumpama itu dapat membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat penularan COVID-19, sejak Mac lalu.