25 DIS : Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 1 Jan tahun depan.
Harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98).
Kenaikan itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyatan.