26 DIS : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jumlah individu yang ditahan dalam penguatkusaan Task Force Operasi Pematuhan semakin meningkat , apabila seramai 1002 individu telah ditahan Polis atas pelbagai kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 854 individu dikompaun manakala 148 orang pula direman.
“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk aktiviti pusat hiburan (687),gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63), tidak memakai pelitup muka(69), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (125) dan lain-lain (58).
“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. Kawalan Sempadan Negara,” katanya menerusi sidang media khas MKN, hari ini.