26 DIS : Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 buatan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech semalam.
Program vaksinasasi negara itu bermula pada Khamis lalu setelah Arab Saudi menerima vaksin buatan syarikat farmaseutikal tersebut minggu lalu.
Dalam masa yang sama, kerajaan Arab Saudi masih berunding dengan Rusia dan China untuk menambah bekalan vaksin di negara tersebut.
Kementeri Kesihatan Arab Saudi mengesahkan semua rakyat di negara itu akan menerima suntikan vaksin secara percuma di mana warga emas dan golongan yang mempunyai masalah kesihatan akan didahulukan.
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah mengucapkan terima kasih kepada putera mahkota diatas keprihatinan baginda yang berterusan untuk memberikan vaksin secara percuma kepada rakyat di negara itu.
Lebih 500,000 orang telah mendaftar untuk pengambilan vaksin Covid-19 sejak diumumkan kerajaan Selasa lalu.
Arab Saudi setakat ini telah merekodkan 361,000 kes positif dengan lebih 6,000 kes kematian akibat jangkitan virus tersebut.