27 DIS: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin mengalami kemalangan semasa menunggang basikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berpunca daripada jalan yang berlubang.
“Jalan berlubang, parit, KJ. 2020 sentiasa memberi,” katanya dalam ciapan Twitter hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsi gambar yang menunjukkan kesan lebam pada mukanya akibat kemalangan itu.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau, Raja Syahrir Raja Abu Bakar mengesahkan Khairy hanya cedera ringan.
“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah Khairy hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” jelasnya melalui Twitter. – Oleh HUSSAINI AMRAN