nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH mahu buat jajaran baharu, Annuar cakap lupakan

27 DIS: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk gabungan politik besar yang baharu di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan bertanya sama ada PH mahu mewujudkan sistem dua parti bagi menentang gagasan besar Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Ketereh itu mengingatkan semua pihak bahawa yang lebih penting adalah ‘jajaran membela rakyat’.

“Kerja untuk rakyat. Jangan jajaran sana jajaran sini, tapi rakyat terabai. Jangan bila dah jatuh baru nak tunjuk bijak. Masa memerintah, hentam keromo sesuka hati.

“Masa ini rakyat susah, negara pun susah. Lupakanlah dulu jajaran itu jajaran ini. Kurangkan politik. Elok cari jalan bagaimana ekonomi dipulihkan dan bagaimana rakyat boleh dibantu,” katanya dalam hantaran Facebook malam ini.

PH dalam keadaan kucar-kacir setelah komplot mereka menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat gagal.

Berikutan kegagalan itu, timbul ‘cakap-cakap belakang’ yang mahu melihat PH melakukan perubahan termasuk mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang.

Selain itu, pemimpin veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim juga pernah membangkitkan tentang betapa perlunya parti tersebut keluar dari bayangan keluarga Lim.

Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu pula semakin kehilangan pengaruh dan ramai ahlinya keluar parti.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Sabah) pula dilihat agak keberatan bernaung di bawah kepimpinan Anwar.

Jajaran baharu yang disebut oleh Annuar mungkin usaha terdesak PH untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong mereka yang semakin pudar. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.