28 DIS : 12 pendaki ditemui mati akibat terperangkap dalam runtuhan salji dalam tiga insiden berasingan di kawasan pergunungan Tehran, Iran, selepas ribut salji secara tiba-tiba melanda kawasan terbabit.
Lapor agensi Berita Xinhua, tiga insiden berasingan berlaku di daerah Kolakchal, Ahar dan Darabad pada Jumaat lalu apabila ribut yang melanda telah mengakibatkan runtuhan salji.
Menurut sumber pasukan penyelamat dan polis, susulan itu operasi mencari dan menyelamat digerakkan secara besar-besaran,
Pasukan Bulan Sabit Merah di Tehran menghentikan operasi, semalam, dengan memaklumkan bahawa mereka berjaya menyelamatkan 14 mangsa yang terperangkap di kawasan tanah tinggi di utara ibu kota ini dan menemui 12 mayat mangsa runtuhan salji tersebut.