28 DIS : Republik Indonesia akan kembali menyekat kemasukan warga asing ke dari masuk ke negara itu bermula 1 sehingga 14 Januari ini dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19.
Menteri Luarnya, Retno Marsudi berkata, warga asing yang tiba ke Indonesia dalam tempoh hari ini sehingga Khamis ini akan diwajibkan memiliki surat ujian calitan atau ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) dari negara asal.
“Bagi warga Indonesia yang berada di luar negara dibenarkan kembali ke negara itu bagi tempoh bermula peraturan baharu itu dengan mematuhi peraturan kesihatan COVID-19 ditetapkan seperti menjalani ujian swab atau PCR, dan kuarantin.
“Mereka perlu sekali lagi menjalani ujian PCR dan menjalani kuarantin selama lima hari sebaik tiba di lapangan terbang Jakarta,” jelasnya.
Beliau berkata demikian menerusi saluran Youtube rasmi Sekretariat Presiden hari ini.
Sekatan terhadap warga asing memasuki negara itu bagaimanapun dikecualikan kepada lawatan rasmi menteri dan pemimpin dari negara luar, namun mereka juga masih perlu mematuhi prosedur kesihatan COVID-19 ditetapkan, ujarnya.
Indonesia sebelum ini membuka sempadannya kepada warga negara luar, bagi merancakkan kembali sektor pelancongan seperti di Pulau Bali, namun terpaksa mengambil keputusan menyekat kemasukan pelancong asing memandangkan kes positif baharu COVID-19 di republik itu berterusan meningkat.
Berdasarkan data rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencan Indonesia hari ini, sebanyak 5,854 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan 215 lagi kes kematian.
Manakala kes positif keseluruhan di Indonesia meningkat kepada 719,219 kes, dengan kematian kumulatif berjumlah 21,452 orang.