28 DIS: Tanpa diketahui apa puncanya, seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dengan bersenjatakan pisau sehingga menyebabkan tujuh mangsa maut manakala tujuh orang lagi cedera.
Memetik laporan media China, kejadian berlaku di bandar Kaiyun di wilayah Liaoning semalam.
Suspek yang dikenali sebagai Yang melakukan jenayah itu di luar sauna dan rumah mandi.
Setakat ini, motif serangan masih belum diketahui.
Serangan besar-besaran di China lazimnya dilakukan dengan menggunakan pisau atau bahan letupan buatan sendiri.
Undang-undang di negara itu melarang jualan dan pemilikan senjata api.
Pelaku serangan lazimnya dianggap mengalami sakit jiwa atau menyimpan dendam terhadap masyarakat.