30 DIS : Selepas Jepun, negara India pula memutuskan untuk melanjutkan larangan penerbangan keluar dan masuk dari Britain selama seminggu bermula dari 1 Januari ini ekoran 20 kes varian baharu dikesan dalam tempoh 24 jam di negara itu.
Menteri Penerbangan Awam India, Hardeep Singh Puri berkata, jadual penerbangan ke Britain akan kembali seperti biasa selepas 7 Januari ini.
Minggu lalu, India telah menangguhkan sementara semua penerbangan keluar dan masuk dari Britain minggu lalu b ermula 23 Disember sehingga akhir bulan ini
Varian baharu COVID-19 dikesan di Britain, mencetuskan kebimbangan dan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di dunia.