30 DIS: Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menerima dos pertama vaksin COVID-19 yang dihasilkan Moderna semalam.
Memetik laporan Xinhua, beliau disuntik vaksin tersebut di United Medical Center, Washington.
“Saya ingin menggalakkan semua untuk mendapatkan vaksin. Ia tidak sakit, mudah dan selamat.
“Oleh itu, saya menggesa semua orang mendapatkan vaksin itu bila tiba giliran anda,” katanya.
Minggu lalu, bakal Presiden AS, Joe Biden menerima vaksin keluaran Pfizer-BioNTech setelah mendapat kebenaran penggunakan kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS.
Naib Presiden AS, Mike Pence dan isterinya, Karen juga telah disuntik vaksin COVID-19.
Walau bagaimanapun, Presiden AS, Donald Trump masih belum disuntik vaksin tersebut dan menyatakan beliau akan mengambilnya pada masa yang sesuai.