2 JAN: Sebanyak sembilan kluster baharu COVID-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan di seluruh negara hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Harum dikesan di Johor Bahru dan kes-kes dilaporkan positif mulai hari ini melalui saringan bersasar di tempat kerja.
Menurut beliau, sehingga hari ini, sejumlah 435 individu telah disaring, di mana 206 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Dr Noor Hisham menambah, kluster Tapak Bina Casuarina dikesan di Sepang dan Petaling, Selangor.
“Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja.
“Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 289 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kluster Batu Lapan melibatkan Tambunan, Ranau dan Kota Belud di Sabah dan kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember lalu melalui saringan kontak rapat.
Sehingga hari ini, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Jalan BBN melibatkan daerah Seremban dan kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember lalu melalui saringan bersasar di tempat kerja.
Sehingga hari ini, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sementara itu, Kluster Dewani melibatkan Johor Bahru dan kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 mulai hari ini melalui saringan bersasar di tempat kerja.
Sehingga hari ini, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster Renggam pula melibatkan Petaling, Sepang dan Klang di Selangor dan kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula 29 Disember lalu melalui saringan bersasar di tempat kerja.