2 JAN: Kekurangan bukti menjadi alasan yang digunakan mahkamah Senegal bagi membatalkan pertuduhan rasuah berhubung kontrak penjualan gas kepada syarikat minyak British, BP.
Memetik laporan AFP, hakim seterus membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes pendakwaan terhadap siasatan salah laku termasuk penipuan, penggubahan wang haram dan tindakan jenayah yang bermula pada Jun 2019.
Perbicaraan kes berkenaan mendapat liputan meluas media dan perhatian orang ramai selepas adik Presiden Senegal, Macky Sall dikatakan terlibatan dalam siasatan.
Hakim dan pejabat Pendakwa Raya Senegal enggan mengulas tentang keputusan tersebut.
Sebelum ini, Sall pernah berkata dalam satu wawancara,”Menurut laporan, majistret tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada seseorang tanpa sebarang bukti salah laku.”
Beliau turut mengarahkan kes itu siasat selepas adiknya, Aliou didakwa terlibat dalam skandal tersebut.
Difahamkan, kontrak jualan tersebut dimeterai sebelum Sall menjadi Presiden Senegal.