3 JAN : National Education Union yang mewakili 450,000 kakitangan sekolah di England mendesak kerajaan agar menutup semua sekolah sekurang-kurangnya selama dua minggu ekoran kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.
Persatuan itu berkata, keputusan kerajaan untuk menutup sekolah selama seminggu disambut baik namun persatuan itu mendesak ia dilanjutkan sehingga dua minggu.
Sebelum ini, persatuan tersebut juga membantah keputusan awal kerajaan yang membenarkan beberapa sekolah dibuka semula di kawasan jangkitan tinggi.
UK menghadapi lonjakan tinggi kes baharu COVID-19 disebabkan varian baharu virus itu yang dikatakan mempunyai 70 peratus lebih tinggi kadar penularan berbanding varian asal.